Sehingga kini, banyak keputusan yang telahku putuskan banyak juga ku sedari ia adalah suatu peluang keemasan yang dilepaskan.
Mungkin masa ketika itu, aku terlalu berfikir dan tidak berani mengambil risiko untuk membuat keputusan dan langkah seterusnya.
Namun ada juga, faktor kawan atau dorongan yang begitu kuat seperti lohong hitam yang tidak dapat ku memberikan respons pada ketika itu. Kerana di saat itu, ia seakan-akan mendahagakan sesuatu jalan penyelesaian.
Walaubagaimanapun, ia berbalik kepada rukun iman yang diamati. Jika terlalu memikirkan perkara yang lepas dan banyak berkata "Kalau" dan "Jika", maka dikhuatiri akan merosakkan iman.
Dan formulanya adalah "6-1 = 0". Rukun iman itu ada enam kesemuanya, jika menolak satu maka batallah iman.
Waallahu'alam.
Maka, pada masa akan datang ku akan kurang memilih.
No comments:
Post a Comment