Wednesday, November 12, 2014

Rintangan

"the more I resist to what people behave, the more I feel that I become more strangers".

adat dan budaya memang tidak boleh nak di ubah.

memang dah macamtu.

cuma apa yang boleh saya dan kawan-kawan sekalian boleh buat adalah dengan mengubah cara pemikiran, 

seperti pemikiran dan pepatah yang akan mencorakkan tingkah laku.

sebagai contoh:

"biar lambat, asal selamat" ditukar menjadi "biar cepat dan selamat"

"perigi cari timba" dibuang, menjadi dlm english "vice versa"

"orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" ini eloklah peribahasa ini kerana.

namun berbahasa, bukan sahaja tertakluk kepada pertuturan, ia juga meliputi segala tingkah laku dan keadaan semasa dan isu tempat tersebut.

pada pandangan saya, aspek bahasa juga mencorakkan pemikiran dari segi penjajahan berbentuk verbal. 

"ada sekali sewaktu mengikuti swimathon di pulau Kapas, seorang berbangsa inggeris mengutarakan kerisauan dengan menyatakan 

"bagaimana perenang-perenang ini boleh berenang secara aman, ini akan menimbulkan 'chaos' "

mula-mula apabila terdengar kenyataan itu, mungkin benar juga.

tetapi bila fikir balik, dan menyedari bahawa dalam percakapan itu hanyalah kerisauan semata-mata, tidak perlu untuk risau. 

manakala jika kita, yang tidak pandai berbahasa inggeris, ini sebenarnya bukanlah 'bodoh', cuma bahasa inggeris ini sememangnya diakui oleh antarabangsa.

selepas budaya, adat, pemikiran...
adalah lebih lagi yang lebih besar daripada itu semua, iaitu agama...berkenaan ini agama islam lah saya sebutkan...

dalam setiap tindak-tanduk ini, adalah lebih besar dan bermakna hidup untuk mengikut jejak langkah para sahabat dan seterusnya mengikut gaya hidup rasulallah...

dan itu adalah berlandaskan al-quran dan hadis...

namun begitu, kerana setiap manusia mempunyai akal fikiran, perasaan, "interest", keluarga, harta, keturunan, sejarah dan perkara-perkara yang dilindungi...

oklah menyentuh bab "adat dan budaya" memang tidak disangkal lagi bagaimana harus ia dilakukan dan memerlukan adab...dan strategi itu memerlukan berpuluh "steps ahead" untuk menyampaikan ia...

kemudian saya perhatikan apabila bekerja atau melakukan setiap amalan itu, 

contohnya memotong rumput, sedangkan ia dapat untuk mengaplikasi dari segi keislaman itu, iaitu...
"dari segi halal, haram, perjanjian, akad, sedekahnya, pahala, dosa, iman, islam, ihsan, ikhlas.

maka dalam perjumpaan sesama orang melayu islam, bertuturlah secara baik.




Tuesday, November 4, 2014

Terlalu Memilih

Sehingga kini, banyak keputusan yang telahku putuskan banyak juga ku sedari ia adalah suatu peluang keemasan yang dilepaskan.

Mungkin masa ketika itu, aku terlalu berfikir dan tidak berani mengambil risiko untuk membuat keputusan dan langkah seterusnya.

Namun ada juga, faktor kawan atau dorongan yang begitu kuat seperti lohong hitam yang tidak dapat ku memberikan respons pada ketika itu. Kerana di saat itu, ia seakan-akan mendahagakan sesuatu jalan penyelesaian.

Walaubagaimanapun, ia berbalik kepada rukun iman yang diamati. Jika terlalu memikirkan perkara yang lepas dan banyak berkata "Kalau" dan "Jika", maka dikhuatiri akan merosakkan iman.
Dan formulanya adalah "6-1 = 0". Rukun iman itu ada enam kesemuanya, jika menolak satu maka batallah iman.

Waallahu'alam.

Maka, pada masa akan datang ku akan kurang memilih.